Zaman sudah berubah, teknologi semakin canggih macam-macam perubahan ketara daripada pelbagai sudut yang kita dapat lihat sekarang ini.
Antaranya, sistem penyiaran TV di Malaysia, banyak benda sudah dinaik taraf sebelum wujudnya telefon bimbit, tablet yang canggih lagi.
Jadi, kami nak kongsikan beberapa perbandingan antara sistem penyiaran TV dahulu dan sekarang, mungkin ia nmpak agak klise tapi ada lagi sesuatu perubahan lebih ketara yang kami nak bagi tahu. Jom kita tengok.
Dahulu :
1. Warna Hitam Putih
Kalau dulu tengok cerita apa pun mesti best walaupun tak ada warna. Bayangkan kalau zaman sekarang orang masih tengok TV hitam putih mesti bosan, lebih-lebih lagi bila cerita aksi sekarang makin menjadi-jadi. Hilang feel kalau cerita tu masih pakai hitam putih.
2. Siaran Terhad
Bayangkan dulu kita cuma ada TV 1 & TV2 sahaja, nak tukar siaran pun tak banyak. Kemudian barulah muncul TV3 dan siaran FTA lain, kalau nak ikutkan itu pun masih lagi ada limit
Tapi mungkin ramai tak tahu sekitar tahun 1994 dulu, ada siaran tv berbayar Mega TV, mungkin generasi sekarang tak tahu kot sebab ia tidak mendapat sambutan daripada pengguna dan terus dibubarkan.
3. Resolusi Kurang Jelas
Sebelum siaran tv berbayar meluas di pasaran dahulu, korang kena betulkan antenna atau ariel dekat tv rumah korang. Kadang-kadang ada sesetengah siaran korang takkan dapat terus. Melepas nak tengok cerita best!
Kami percaya masa ada lagi antara korang yang menonton tv secara analog atau pendek kata pakai antenna dek kerana bayaran yang dikenakan siaran tv berbayar terlalu tinggi.
4. Rujuk Surat Khabar Untuk Tengok Program Harian
Masa korang kecil-kecil dulu mesti ada buat macam ni kan? Capai surat khabar semata-mata nak tengok program hari ini apa yang best. Kalau ada program yang korang suka, jadi lah macam ni…..
5. Jenuh Kena Tunggu Waktu Sampai
Contohnya kalau ada drama yang korang nak layan pukul 5.00 petang, pukul 4.30 lagi korang dah terpacak kat depan tv tunggu cerita tu ditayangkan.
Paling best sekali, bila kita tak boleh berganjak daripada tv sampai lah iklan, kalau bangun lama sikit dah melepas!
Sekarang :
1. Siaran HD!
Fuuh! Jangan kata berwarna malah HD, 3D pun dah ada! Silap-silap nanti ada pula hologram TV. Macam-macam cerita korang dapat tengok dengan jelas, tanpa sebarang gangguan.
Bahkan kualiti audio daripada TV pun dah semakin tinggi. Dah tak ada lagi bunyi-bunyi bising yang mengganggu korang sampai kena betulkan antenna atas bumbung rumah tu
2. Pelbagai Saluran Dari Seluruh Negara
Siaran Tv berbayar dah banyak sekarang, macam-macam boleh pilih, semua dihujung jari. Pilih je nak tengok cerita apa semua ada, kadang-kadang sampai tak tonton semua. Itu pun masih ada lagi yang kata ‘TV bosan tak ada cerita”. Pelik betul!
3. Tak Perlu Beratur Panjang-Panjang Ke Panggung Wayang Untuk Tonton Movie
Sebelum ini, kita susah kalau kita nak tengok movie terbaru disiarkan di TV, tapi sekarang baru lepas seminggu cerita tersebut ditayangkan, dah keluar dekat TV dah. Cuma perlu kena buat langganan untuk menontonnya.
4. Jadual Program Harian Semua Ada Di Hujung Jari
Beruntung betul generasi sekarang ini, cuma pakai remote control je nak tahu cerita apa yang menyusul lepas tu bahkan program untuk hari esok pun korang dah boleh tahu awal-awal dah. Kakak-kakak yang suka layan drama-drama petang pun tak kisah kalau terlepas sebab…
5. Boleh Siap-Siap Rakam Untuk Stok Malam Nanti
Haaa..yang ni paling win! Dah tak ada lagi dah nak berebut remote control untuk tengok program kegemaran masing-masing. Dah tak ada juga nak rushing-rushing balik kerja semata-mata nak kejar episod drama petang tu.
Tapi, semua itu kalau korang ada buat langganan siaran TV berbayar, mereka menggunakan sistem penyiran secara digital. Kami yakin, masih ramai lagi belum buat langganan tersebut kerana kadar bayaran yang dikenakan agak mahal.
Bagaimanapun ada satu perkara lagi yang kitaorang nak beritahu, korang jangan risau sebab tak lama lagi DTTV (digital terrestrial television) ataupun siaran TV percuma secara digital akan mula bersiaran di Malaysia tahun depan.
Maknanya lepasni korang dah tak boleh tengok tv free macam saluran RTM dan Media Prima tu pakai antenna lagi jika korang tak ada buat mana-mana langganan tv berbayar. Tapi yang bestnya, semua orang akan dapat juga menonton siaran secara digital kerana satu produk DTTV menyusul nanti. Produk apa tu? kita tunggu…
0 Response to "5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang"
Post a Comment