“Seperti gunung berapi kecil yang mengeluarkan lava panas, memusnahkan tumbuh-tumbuhan di atasnya. Beginilah kebakaran di tanah gambut, dan pasukan pemadam kebakaran hampir keletihan memeranginya.”Bjorn merupakan warganegara USA. Beliau dilahirkan di Spanyol dan membesar di Jerman. Pernah tinggal di berbagai negara, namun dalam 6 tahun terakhir ini beliau menetap di Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada tenaga produksi Borneo Productions International.
“Saya sayangkan Indonesia dan saya sayangkan Kalimantan. Orang-orangnya, budaya, hutan, orang utan, dan keindahan alamnya. Saya lihat kini semua itu menghilang dengan cepat sekali,” katanya kepada BBC Indonesia.
“Lelaki ini meneruskan rutin hariannya di pinggir bandar Palangka Raya, berhampiran jambatan Tumbang Nusa, lokasi yang paling teruk dilanda jerebu. Satu gambar yang tidak wajar dibiarkan begitu saja dan dia gembira apabila gambarnya dirakamkan,” kata Bjorn.Sebagai fotografer, beliau sering melihat kebakaran hutan secara lebih dekat dan menyedari betapa sukarnya memadamkan api di kawasan tanah gambut.
“Saya berharap gambar-gambar ini dapat membuat orang ramai merasai perasaan saya ketika merakamkannya. Kehancuran, kesedihan, dan harapan. Saya berharap sejumlah gambar ini dapat meningkatkan kesedaran dan mungkin boleh membuat orang ramai turut sama bertindak – sama seperti gambar-gambar ini menggerakan saya – sehingga kejadian seperti ini tidak lagi terjadi.”
Bambang. Ketika indeks bacaan mencecah 2,900.Walaupun sudah 6 tahun tinggal di Kalimantan, Bjorn masih tidak dapat memahami mengapa kebakaran hutan terus terjadi dan mengapa manusia begitu mudah menganggap hal ini ‘sudah biasa.’
“Satu malam di bilik hotel, saya bangun kerana terasa sakit dan sesak nafas. Hari itu pencemaran udara mencapai 2,600 (angka 350 sudah dianggap berbahaya). Saya tidak mendapat oksigen yang cukup.
Saya seperti tercekik, saya panik. Saya sedar inilah yang dirasakan oleh ribuan keluarga yang terdedah kabut asap jerebu dan tidak mempunyai penutup muka untuk melindungi mereka.”
“Sesetengah orang hidup dengan asap jerebu setiap hari. Bagi saya, itu mimpi buruk. Saya tidak tahu bagaimana penduduk di sini menghadapinya.”
Pasukannya pergi ke daerah-daerah yang teruk terkena jerebu, mengedarkan air, makanan, penutup muka dan ubat-ubatan.
Gambar ini diambil di Desa Tumbang Nusa, ketika pasukan mereka membuka pusat kesihatan yang sangat diperlukan.
Keadaan tingkap rumah yang sering dilihat di Kalimantan Tengah. Debu kotor yang melekat di jendela memperlihatkan kualiti udara yang teruk. Kebanyakan keluarga di sini tidak memiliki perlindungan yang cukup untuk bertahan dalam situasi begini.“Ada banyak momen yang mempengaruhi saya. Saya bertemu dengan lelaki yang sudah sangat sakit kerana asap, tetapi tetap terus bekerja kerana tiada sesiapa lagi yang boleh bekerja untuk mendapatkan wang untuk keluarganya.
“Ada banyak sukrelawan yang berjuang memadamkan api tanpa bayaran. Juga para pemadam kebakaran yang meskipun kepenatan, tetap berusaha memadamkan kebakaran sepanjang hari. Malahan mereka sendiri tidak mempunyai air untuk diminum.
Hari yang menguning di Palangka Raya. Pencemaran udara mencapai indeks tertinggi 2,900. Lelaki bernama Slamet ini tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan harian dan dia terpaksa menjala ikan di sungai tercemar yang penuh sampah. Namun beliau mengatakan “lebih baik makan ikan beracun daripada tidak makan langsung. Kita perlu sentiasa bersyukur kepada Tuhan.”“Slamet merupakan buruh bangunan yang tak dapat bekerja di sepanjang musim jerebu teruk. Beliau menjala ikan di sungai yang airnya kotor di Palangka Raya dan mengatakan ‘ikan yang kotor masih lebih baik daripada tiada ikan sama sekali.’ Malahan ada keluarga di sini yang kehilangan anak kecil kerana penyakit berkaitan dengan asap jerebu.”
“Di malam dan pagi hari, setiap kali mengenang pengalaman itu saya menangis kesedihan. Saya juga sangat tersentuh dengan kekuatan dan semangat orang-orang di Kalimantan Tengah menghadapi asap jerebu” – Bjorn Vaughn.
0 Response to "(9 Gambar) Jurugambar Rakam Kehidupan Suram Dan Penuh Kehancuran Disebalik Jerebu Yang Melanda Kalimantan Tengah,Indonesia...Sedih Sekali..."
Post a Comment