Hukum Skim Cepat Kaya Yang Perlu Diketahui

Hukum Skim Cepat Kaya Yang Perlu Diketahui | Terdapat segelintir individu terpengaruh dan terlibat dengan Skim Cepat Kaya tersebut. Gara-gara ingin cepat kaya. Tetapi tahukah anda, apakah hukumnya sekiranya anda  terlibat dengan Skim Cepat Kaya tersebut?
Hukum Skim Cepat Kaya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Skim Cepat Kaya
Sabda Nabi SAW : 79
Maksudnya : Penipu akan dimasukkan ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia ditolak.Sabdanya lagi: 80
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menipu bukanlah daripada kalanganku.
Allah SWT berfirman: 81
Maksudnya : Wahai orang beriman janganlah kamu memakan (gunakan) harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).

Sabda Rasulullah SAW: 82
Maksudnya: Daripada Amru bin Yahya al-Maziniy daripada bapanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Tidak boleh memudaratkan dan mendatangkan mudarat kepada orang lain.
SUMBER : E-MUAMALAT

0 Response to "Hukum Skim Cepat Kaya Yang Perlu Diketahui"

Post a Comment