SEORANG ibu, #Jackie Brooklyn mengakui
risau dengan keselamatan anak transgendernya, Tara Hudson yang telah
dijatuhi hukuman penjara dan ditempatkan bersama tahanan lelaki yang
lain.
Tara, 26, seorang jurumekap artis, menjalani hukuman penjara selama tiga
bulan selepas didapati bersalah membuat kekacauan di sebuah bar, pada
sambutan #Krismas tahun lalu.
Mahkamah telah memutuskan Tara atau nama asalnya, #Aaron menjalani
hukumannya dalam sel lelaki di Penjara Lelaki Bristol, United Kingdom
memandangkan dalam kad pengenalannya, jantina Tara masih lagi lelaki.
Tara #sebelum ini telah menjalani pelbagai pembedahan bagi mengubah
dirinya dari seorang lelaki kepada seorang wanita sejak enam tahun lalu.
Jackie menyatakan kerisauan sebaik #hukuman itu dijatuhkan memandangkan
anaknya itu memang sudah 100 peratus bertukar kepada wanita.
“Dia sudah kelihatan macam wanita tulen. #Saya merasakan semua tahanan
lelaki itu akan mengacaunya nanti,” kata Jackie. – MYNEWSHUB.CC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Inilah yang dirisaukan sekiranya transgender dimasukan ke Penjara..."
Post a Comment