"Jangan beli rumah lagi 2 tahun?" ini jawapan pakar pelaburan hartanah
SALAH ORANG CINA LAGI? - JANGAN BELI HARTANAH DALAM MASA 2 TAHUN NI?
.
Salam semua. Dari semalam sampai hari ni ramai yang tag saya berkenaan cadangan Prof Hoo Kee Ping yang menyarankan anak muda supaya tak membeli hartanah dalam jangkamasa 24 bulan terdekat ini. Ramai yang nak tahu apa pendapat saya berkenaan komen beliau. Jadi saya buat post ini untuk bagi pandangan saya berkenaan saranan beliau. Saya tengok ada 3 pendapat/komen berkenaan perkara ini :
.
1. Mereka yang berpendapat ini semua konspirasi orang cina utk bolot hartanah sebab bila tengok semua property launch, mereka tengok majority pembeli adalah orang cina.
.
2. Mereka yang percaya bulat-bulat dan terus share je tanpa memahami perspektif beliau.
.
3. Ada yang percaya bukan secara bulat-bulat tapi bila tengok FB, hari hari banyak berita negatif berkaitan negara dan kepimpinan negara. Mereka percaya jugak akhirnya....
Bagi saya, saranan beliau sgt bagus kepada mereka yang tiada ilmu. Sebab harga hartanah dah banyak naik kalau dibandingkan 5-10 tahun lepas, jadi ada banyak hartanah yang boleh saya kategorikan sebagai overvalued. Jadi kalau anda tiada ilmu, seperti yang beliau kongsikan, lebih baik jgn beli apa-apa dalam 2 tahun ni dan guna masa ini utuk belajar.
.
Tetapi untuk mereka yang pernah belajar pasal pelaburan hartanah dan pasaran hartanah di Malaysia, saranan spt yang dibuat oleh Prof Hoo biasanya kami akan dengar, hormat dan abaikan. Sebab prinsip kami adalah setiap masa adalah masa yang elok untuk beli hartanah, kalau kita beli hartanah yang betul pada nilai yang betul. Orang yang berilmu akan tahu :
.
.
a. Yang harga hartanah kategori mass-market di Malaysia susah nak jatuh. Kalau anda refer kepada carta harga hartanah yang saya lampirkan, nilai hartanah naik SETIAP TAHUN semenjak tahun 2000.
.
b. Yang purata umur populasi Malaysia sekarang adalah kurang pada 30 tahun. Cuba tengok kawan-kawan anda yang berumur kurang pada 30 tahun, mereka dah ada hartanah atau masih menyewa? Bila majoriti penduduk di Malaysia bawah 30 dan belum ada hartanah, anda rasa harga hartanah kategori mass market akan jatuh tak?
.
c. Sentimen pelaburan tahun 2015 mmg teruk, dan jumlah mereka yang bakal beli hartanah tahun ini saya jangkakan akan jadi lebih rendah berbanding tahun 2013 dan 2014. Bila ramai tak mahu membeli, inilah peluang untuk kita beli sebab penjual akan jadi lebih mesra-pembeli dan memberikan lebih banyak diskaun berbanding tahun 2014 atau 2013.
.
d. 2015 tahun krisis? : Kali terakhir yang kita nampak gawat, adalah tahun 2008-2009. ALhamdulillah, saya degil n abaikan nasihat orang cerdik pandai waktu yang menasihati saya supaya tunggu dan jangan beli hartanah. Allah SWT berikan saya kebolehan untuk terus degil dan jgn dengar cakap orang yang lebih cerdik dan pakar dalam ekonomi daripada saya. Saya beli sebanyak hartanah yang saya mampu. Hasilnya, semua hartanah yang saya beli waktu itu, naik nilainya 2-3 kali ganda. Waktu krisis orang akan jual murah. Nak beli hartanah tanpa modal paling senang nak buat waktu krisis. Tapi kena ada ilmu dan bukan bantai sahaja beli membuta.
.
e. Tahun ini, saya dan klien saya di FAR Capital Sdn Bhd dah beli lebih daripada 70 hartanah. Majoriti pembelian kami adalah dibawah harga pasaran dan ada hartanah yang kami beli tanpa pakai apa-apa modal. Ramai penjual yang panik sebab fikir negara Malaysia dalam krisis. KIta tengok semua indikator ekonomi dan saya terus terang tak nampak kat mana krisisnya. Yang ada, cuma krisis kepimpinan dan krisis confidence. Dan kalau anda belajar sejarah dan tgk nilai hartanah sehingga 30 tahun lepas, harga hartanah di Malaysia tak jatuh sebab isu kepimpinan atau confidence, sebab ini hanya isu sementara.
.
f. Belajar dari orang yang betul - Mentaliti saya simple. Kalau saya nak buat duit dari hartanah, saya akan cari ilmu dengan orang yang dah pernah buat duit dari hartanah. Kalau saya nak belajar buat bisnes, saya akan cari orang yang dah pernah berjaya buat bisnes utk belajar dengan beliau. Kalau nak belajar ilmu ekonomi, anda boleh belajar dgn profesor Hoo. Tapi kalau saya nak buat duit, saya takkan pergi belajar dgn Prof Hoo sebab beliau background beliau adalah ahli akademik. Lebih baik saya pergi belajar dgn Bangla yang jual nasi lemak seringgit tapi boleh untung RM10,000 kerana mereka dah ada pengalaman untuk buat duit dari bisnes, dan bukan cerita teori sahaja.
.
.
Tak guna kita asyik nak salahkan orang Cina dan kata ini kes konspirasi. Mereka dah ada ilmu, mereka kerja keras cari rezeki lepas tu melabur dgn ilmu. Mereka sedar kepentingan pelaburan, dan Allah SWT tak pernah kata rezeki dunia ni hanya milik orang Melayu dan orang Islam kan? Siapa yang berusaha, dia akan dapat tak kiralah apa agama dan bangsa mereka.
.
Saranan saya, tolonglah cari ilmu kewangan dan jadi bijak wang dan pelaburan. Sebab bila ada ilmu, orang cakap apa pun kita boleh tahu betul atau tidak. Orang yang ada ilmu akan gunakan tahun 2015 untuk beli hartanah secara murah, dan orang yang takde ilmu akan tunggu sebab "pakar" suruh tunggu. Dan sebab "pakar" suruh tunggu, mereka upgrade besi buruk macam henfon dan kereta dulu. Lepas tu bila nak beli tahun 2017 nanti, mereka dapati harga rumah mass-market naik lagi sebab supply kategori mass-market, sampai skrg masih tak mencukupi.......
.
Tak guna salahkan orang lain atau kerajaan tiap-tiap hari sebab ini takkan ubah nasib kita. Kalau nak ubah nasib, cari ilmu dari orang yang betul, dan lepas tu usaha sehabis baik. Orang yang ada ilmu susah nak kena tipu/sontot.
.
Saya doakan anda semua lebih berilmu, dan berjaya.
0 Response to " "Jangan beli rumah lagi 2 tahun?" ini jawapan pakar pelaburan hartanah"
Post a Comment