KEJAM!! TAK LAYAK DIGELAR AYAH!! - Hanya Tak Panggil Abah Dia Dicucuh Rokok??



##K0TA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa penderaan ayahnya apabila dia dicucuh dengan puntung rokok kerana tidak memanggil lelaki itu 'Abah'. %^


##Lap0r Utusan Malaysia, perbuatan lelaki yang berusia 33 tahun itu dibongkar oleh ibu mangsa berusia 21 tahun berasal dari Thailand, mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu. Mereka menetap di sebuah rumah sewa di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu semenjak setahun yang lalu.


##Dia yang telah menetap di Malaysia sejak dari kecil lagi tidak menyangka bahawa hubungan mereka yang dibina berasaskan cinta sehingga dikurniakan cahaya mata itu berakhir dengan dia dikurung, dipukul dan anak mereka turut menjadi mangsa dera.


##Suspek yang juga merupakan teman lelakinya sering mendekati anak perempuannya itu. Namun kanak-kanak berkenaan sering melarikan diri menyebabkan suspek akan mula marah tanpa sebab dan bersikap baran.


“Disebabkan anak saya memanggil jiran sebelah dengan gelaran ‘abah’ juga telah membangkitkan terus kemarahannya,” katanya.


##Sikap panas baran suspek semakin teruk sejak seminggu lalu sehingga dia tergamak mencucuh puntung rokok pada mangsa.


“Antara perbuatannya tidak dapat saya maafkan ialah memukul, menggoncang badan dan menghentak kepala anak saya ke dinding. Akibat perbuatan itu mata anak saya menjadi kehitaman berikutan mempunyai darah beku akibat hentakan pada bahagian belakang kepala,” katanya.


“Dia tidak bekerja dan saya terpaksa minta wang belanja dari ibu yang kebetulan tinggal berdekatan rumah kami. Malah dia pernah dipenjarakan kerana kes samun. Jadi saya sudah tawar hati dengannya dan berniat untuk tinggal bersama ibu selepas ini untuk membina hidup baharu bersama anak,” katanya.....

sumber >http://mediakeras01.blogspot.my/

0 Response to "KEJAM!! TAK LAYAK DIGELAR AYAH!! - Hanya Tak Panggil Abah Dia Dicucuh Rokok??"

Post a Comment