Kesilapan Pilih Dan Beli Power Bank | Apakah kesilapan yang selalu pembeli dan pengguna lakukan ketika memilih dan membeli power bank? Pembeli dan pengguna mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis power bank di pasaran.
Power bank mempunyai perbezaan
dari segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian,
sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB. Oleh
itu, pembeli dan pengguna hendaklah peka apabila memilih dan membeli power bank.
Kesilapan Pilih Dan Beli Power Bank
- Tiada ciri keselamatan – Ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada sesebuah power bank ialah pensijilan UL. Pensijilan UL bertujuan untuk memastikan power bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti anda selamat.
- Sambungan tiruan – Sesetengah power bank memiliki pelbagai sambungan tetapi tidak semuanya asli. Gunakan sambungan yang original supaya lebih selamat dan stabil. Sekiranya anda menggunakan sambungan yang tiruan dan tidak berkualiti boleh menyebabkan litar pintas.
- Kapasiti besar harga murah – Terdapat segelintir penjual menjual dan membuat tawaran dengan harga yang murah bagi power bank yang berkapasiti besar. Diharapkan pembeli dan pengguna tidak tertipu kerana agak mustahil power bank tersebut dapat dibeli dengan harga yang murah.
- Pilihan berdasarkan kapasiti – Anda hendaklah membeli power bank berdasarkan penggunaan seharian anda.
Pastikan anda menjadi pembeli dan pengguna yang bijak.
SUMBER : PENERANGAN
0 Response to "Kesilapan Pilih Dan Beli Power Bank"
Post a Comment