Nabil Ahmad sebelum ini telah dikecam gara-gara menyamakan lukisan
tersebut dengan sekumpulan ahli muzik yang cacat penglihatannya iaitu
Caliph Buskers namun dia telah membuat permintaan maaf secara terbuka
mengenai perkata itu.
Dan baru-baru ini, Caliph Buskers memberitahu bahawa mereka tidak terasa hati mengenai lawak Nabil tersebut.
Disebabkan dirinya sering dikecam, Nabil telah meluahkan rasa hatinya.
"Saya sedar golongan pembenci atau ‘haters’ memang wujud dalam kerjaya
seseorang selebriti, cuma yang saya tidak faham apa kewajaran di sebalik
pertikaian mereka terhadap pengacaraan saya?
"Pihak lain okay saja dengan cara saya mengacara program itu. Jika
dakwaan itu berasas, sudah tentu saya dikenakan tindakan oleh pihak
Astro.
"Saya rasa kelakar kerana cara mereka mempertikaikan itu dan ini
seolah-olah ia memberi kesan dalam kehidupan mereka. Adakah cara saya
mengacara itu membuatkan mereka kena buang kerja?
"Janganlah disebabkan benci sangat dengan saya, gelaran haji itu pula
yang dikaitkan. Saya cukup terbuka menerima kritikan tapi biarlah yang
membina.
"Kalau ada apa perkara yang mereka rasa saya perlu perbaiki, mestilah
ada cadangan yang bernas. Bukan hentam kosong di laman sosial.
"Ada pun saya mendoakan diri sendiri dan semua yang mengikuti kerjaya
saya dibukakan hati menjadi manusia yang lebih bagus," luah Nabil.
Diharap Nabil bersabar dengan dugaan sebegini. Kritikan, cacian dan kutukan itu perkara biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "SERING DIKECAM - NABIL AHMAD LUAH RASA HATINYA "
Post a Comment