TAK keterlaluan dikatakan Fazura merupakan antara selebriti wanita
tercantik yang bertakhta di hati peminat industri hiburan tempatan.
Kecantikannya itu dikagumi dan tak kurang juga dicemburui ramai pihak di luar sana.
Ketika ditanya mengenai gosip yang paling mengarut pernah didengarnya
sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni, Fazura, anak kelahiran
Pekan, Pahang berkata gosip mengatakan dia membuat pembedahan adalah
paling tidak masuk akal sekali.
“Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah
orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga
hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli.
Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu
dan punggung. Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi
sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” katanya memetik The Star.
Fazura yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem
Malaysia ke-27 (FFM27) menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia akan
muncul dengan program tv Facing Up To Fazura musim kedua yang bakal
bersiaran bermula malam ini di saluran Astro 712, jam 10 malam.
Buat peminat Fazura, jangan lupa temujanji anda dengan selebriti jelita ini ya!
0 Response to "Gosip Buat Pembedahan Paling Mengarut Sekali – Fazura "
Post a Comment