INFO : Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari Yang Ramai Tidak Tahu
Info di bawah ini adalah hasil dari temu bual bersama - sama Mr Elson, Flight Attandent Trainer AirAsia juga merangkap sebagai Pramugara yang telah berkhidmat selama 17 tahun dalam bidang kerjaya di awan biru ini .
Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari
19 tahun dan ke atas
SPM : Kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
Ketinggian minimum : lelaki - 170cm , perempuan - 160cm
Mempunyai kulit yang baik ( tidak berparut )
Berupaya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
Berperwatakan menarik ( good smile etc )
Sesi Temuduga
Mempunyai 5 peringkat
1. Pemeriksaan Ketinggian dan Berat
Sertakan dokumen seperti salinan Sijil Kelahiran , Kad pengenalan , Sijil Peperiksaan SPM dan tertinggi , lain - lain dokumen berkaitan
2. Catwalk dan Pemeriksaan fizikal
Pemeriksaan fizikal disini hanya melibatkan kawasan yang mudah dilihat
3. English Test
Individu yang berkebolehan dalam membuat pembentangan yang baik adalah satu kelebihan
4. Temuduga bersama Panel
Isu semasa termasuk mengenai peringkat temuduga yang telah dilalui oleh calon
5. Pemeriksaan Perubatan
Pemeriksaan dan persediaan akan dibuat oleh pihak AirAsia
Carrier Path
Flight Attendant
Senior Flight Attendant
Executive Flight Attendant
Flight Attendant Management / Flight Attendant Trainer
Info Tambahan
Training
Latihan selama 2 bulan setengah* di Akademi AirAsia
Latihan bermula dari 9 pagi sehingga 6 petang
Kelas dan latihan kadang - kadang termasuk hari minggu dan cuti am
Asrama hanya disediakan buat mereka dari luar negara sahaja
Elaun disediakan ( rujuk laman web AirAsia )
Working
Sanggup terima pertukaran tempat bekerja ( accept transfer )
Antara Elaun yang disediakan seater allowance , hourly / meal allowance, night stop allowance ( hanya untuk mereka yang bekerja di penerbangan AirAsia X ) , sales commission
Anggaran kasar gaji = 4500 - 5500
0 Response to "INFO : Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari Yang Ramai Tidak Tahu "
Post a Comment