Sekadar
Perkongsian Buat Pasangan Suami Isteri Di Luar Sana..Kadang-kadang ada
sesetengah perkara tidak boleh dilewatkan bagi tujuan menunaikan perkara
wajib dalam islam...Mari Sama-sama ambil ikhtibar dari apa yang
perbualan pasangan ini.
Itu
salah satu contoh betapa pentingnya solat di dalam Islam, kisah tentang
solat yang boleh dijadikan pengajaran telah dikongsikan oleh seorang
pengguna Facebook bernama Cik Atenn Azlan di mana dia menceritakan
kisahnya dan suami yang amat mempunyai pengajaran.
“Period dah habis?…” – Suami Tanya
Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,
“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”
Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.
Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.
“Hari
ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1
pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah
awak,”
“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”
Aku diam lagi.
“Awak
ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini
suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”
“Sejuklah awak,” jawab aku.
“Okay kejap”
Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.
“Awak
tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak
payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan
api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak
membakar lengan aku.
Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.
“Aten,
awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki
saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan
berkata.
“Wooii
Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia
suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini
meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”
“Saya
tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada
saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak
pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”
“Lagi
satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang
tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca
Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca
Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah
dajjal,”
Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?
Dia datang dan belai lembut rambut aku.
“Awak
selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak
mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah
nak kita sembah dan merayu pada dia.
Cubalah
sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas
sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas
sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam
mana Allah nak bagi anak?”
Aku mula bertanya.
“Bukan
saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang
yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat
boleh mengandung dan senang dapat anak?”
“Ini
jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan
ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan
bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling
terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak
pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik
dari segi agama.
“Walaupun
dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang
dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan
ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan
ujian dari Allah.
“Orang
yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga.
Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca
Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada
kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik
untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan
Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan
buat manusia?” katanya
Aku
menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan
sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan
dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.
‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.
0 Response to "KISAH Pukul 3 Pagi - Suami Bertanya "Period dah habis" ?? Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Menyentuh HATI !!! "
Post a Comment