Siapa yang tidak tahu tagline “ Qu Puteh Qu Puteh, barulah putih”.
Memang ia cukup menjadi bualan ramai dan popular apabila ia
diperkenalkan oleh pengasas Vida Beauty iaitu Dato Seri Vida setiap kali
dalam iklannya lebih-lebih lagi jika beliau menjadi penaja utama bagi
program-program di televisyen.
Namun, yang menarik perhatian ramai kali ini bukan kerana tagline
tersebut tetapi penampilan Dato Seri Vida yang sering memperagakan
koleksi mahkota beliau. Boleh kata setiap minggu beliau kan memakai
mahkota yang berlainan di konsert Gegar Vaganza 2 dan setiap satunya
mempunyai keistimewaan tersendiri.
Jelas Dato Seri Vida beliau memang minat untuk mengumpul mahkota yang
berbeza dan ia sudah menjadi hobi beliau sejak lima tahun yang lalu.
Setakat ini beliau sudah memiliki 10 jenis mahkota yang ditempah di Hong
Kong dan yang paling mahal berharga RM 100,000 dan yang paling murah
pula RM10,000.
Saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong. Angan-angan saya nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.
Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100,000. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkungan RM10,00 lebih.
Kalau sudah ada banyak duit dan meminatI sesuatu hobi itu apa salahnya
bukan? Peduli apa yang orang kata yang penting Dato Seri Vida senang
hati ye dak? Hehe
0 Response to " Dato Seri Vida Ada 10 Koleksi Mahkota : Ada Yang Mencecah Harga RM100,000"
Post a Comment