Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin
ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang
dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga
majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh
bulan lalu.
Isteri cantik curang
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya
terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon
bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami
wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak
isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti
bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut
apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki
yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum
pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan
majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya
kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim
bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki
terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan
yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung
berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan
terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai
runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak
itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.
0 Response to "ISTERI TOLAK AJAKAN BATIN SUAMI KERANA PENAT BERZINA 2 KALI SEHARI DENGAN KEKASIH"
Post a Comment