Perhubungan mana yang tidak dilanda masalah kan? Mana ada yang hubungan dengan pasangan sentiasa romantik memanjang, lebih-lebih lagi dalam tempoh pertunangan.
Kami sangat setuju dengan status yang ditulis oleh Chyron Ikhwani Abd Wahab ini mengenai 4 ujian yang perlu dihadapi oleh pasangan yang sudah bertunang!
Situasi 1: diuji dengan duit (harta)
godaan: gunalah duit siket untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih
*pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh
Situasi 2: diuji dengan sikap
godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif,baran,kurang sabar
*actually, bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh.
Situasi 3: diuji dengan ragu ragu
godaan I: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc
*yang ni semua orang alami. nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset!
godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni
*istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah
Situasi 4: kehadiran ex, scandal
godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc
*kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah.
p/s: just share niat baik, nak jadi halal. kerja si bertanduk pun bermula dari detik niat kita bermula. bak kata mr.bmw a.k.a Muhamad Jamil (suami beliau) :
“syaitan memang kerja menggangu. nak kahwin kan. so kita kena handle syaitan” hahaha handle syaitan yer.. apa apa pun, setiap kali ujian. cari Allah! ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. semoga perkongsian ni bermaafat. semoga Allah redha. selamat malam!
0 Response to "Kisah Sadis Bagaimana Tali Pertunangan Korang Boleh Goyah Kerana 4 Ujian Ini! Mampu Tahan?"
Post a Comment