Alhamdulillah, a month today. Time flies. Rasa macam baru semalam jadi hak orang, pejam celik dah sebulan hidup berumahtangga.
Sekarang baru aku faham kenapa orang cakap best gila kawen, kalau tau
best, dari dulu aku dah kawen. Bukan sebab "kahwin" , tapi sebab kau
lebih kenal orang yang kau cinta. Buruk & Baik dia. Kau akan nampak
imperfections tu adalah perfection.
Bila dah kawen, kau tak payah limit waktu dating kau. Boleh pegi
mana-mana tak ada orang nak risau lagi. Boleh pegang tangan dekat tempat
public tanpa rasa bersalah. Even now kau pegang tangan suami / isteri
kau sikit pun, kau dah kumpul point pahala.
Bila kau dah kawen, kau nampak semua depan mata kau apa yang suami /
isteri kau buat. Tak ada lagi salah faham. Kau tahu tolak ansur dan
toleransi. Kau jadi lebih memahami. Boleh masak sama-sama. Tak pandai
pun boleh jadi expert. Kau jadi lebih bertanggungjawab.
Nasib aku tak pandai masak dulu. Kalau tak, mesti tak dapat explores memasak sama2. Oh ada hikmahnya.
Sekarang ni, weekend habis kan dekat pasar, melawat orang tua, mengemas rumah. New phase in my life. Alhamdulillah.
Seronok kan?
Dulu, bila bercinta. Kau gaduh, tarik muka, boikot tak contact seminggu.
Kononnya kau nak "boipren" kau pujuk. Tapi bila dah kawen, lain.
Kau dah tak ada masa nk fikir marah merajuk bagai. Merajuk mengada boleh
lah. Marah too extreme? Lupakan. sebab back to basic, apa tujuan kau
cari pasangan dlm hidup? Semua orang mesti cakap, sebab nak bahagia lah.
Then go ahead. Kejar lah bahagia tu. Kenapa nak kena ada perasaan marah
sakit hati.
My husband always remind me, he said "wife, dlm perkahwinan ni kita kena
ada dasar. Kukuhnya perkahwinan itu, adalah kerana kukuhnya dasar. Jadi
apa dasar kita? Dasar kita adalah tanggungjawab. Jadi untuk apa
perkahwinan? Adalah kerana amanah Allah kepada husband, dan
tanggungjawab husband pada wife. Apa gunanya akad nikah. Itu adalah
perjanjian antara kita dengan Allah untuk jaga dan bina hubungan yang
halal ni sebaik mungkin"...
Sebak,
Setiap kali dengar bait-bait doa suami selepas berjemaah. Cukup dalam,
cukup panjang dan bermacam permintaan dia. Berulang-ulang permintaan
yang sama, dan aku amin-kan sahaja setiap satu permintaan yang terbaik
buat kami berdua.
Kami tak sesempurna mana, aku sendiri tak menutup aurat dengan baik.
Tapi suami aku masih menggunakan pendekatan yang lembut. Tak pernah rasa
down, tapi aku rasa suami aku angkat darjat aku untuk berada disisi
dia, bukan disanjung di atas ataupun letak dibawah tapak kaki.
He never act like I'm a King. Never! Mungkin berbezanya aku dengan yang
lain, aku punya seorang suami yang sangat bertimbang-rasa. Dlm
rumahtangga, kami tak ada spesifikasi tugas.
Kami guna terms "Siapa boleh buat, then buat dulu. Tak perlu tunggu. Ohh
itu tugas kau, so kau buatlah" Tak ada dalam kamus kami. Lebih kepada
berkerjasama. Syukur Alhamdulillah.
Beruntungnya lagi aku punya suami seperti dia, tak pernah lokek berikan
pujian walaupun untuk sekecil-kecil perkara yang aku lakukan. Always
recognise usaha kecil aku. "Alhamdulillah, bagus wife b ni. Rajin,
pandai kemas & hias rumah" padahal sapu sampah & kemas ala kadar
je atas meja. Bila masa hias pulak ni?
Tapi dia bagitahu dan ikhlas. Tak ke kau rasa semangat nak buat lagi esok hari?
Alhamdulillah syukur pada Allah.
Setiap perkahwinan tu ada pasang dan surutnya. Bukan nak hidup setahun
dua, tapi kalau boleh biarlah kekal selamanya hingga ke jannah.
Ni bukan cerita manis sebab baru sebulan kawen, tapi biarlah cerita ni manis walaupun kami dah tak ada lagi di dunia nanti.
Cinta yang dekat atas sana tu kita kena kejar dulu, baru kita dpt rasa bahagia dunia.
Always remind diri kita, kalau something bad happened in relationship,
check balik diri kita. Apa yang kita dah buat. Check balik pendapatan
kita. Duit kita bg makan pada keluarga.
Dugaan akan datang, even sesaat lepas post ni pun. Tapi percaya, tak ada
apa yang kita tak boleh lalui dan tempuh di luar kemampuan kita.
Isteri,
Sebanyak mana pun amount dalam bank, setinggi mana pun pangkat, carilah
redha suami. Dalam apa pun yang kita lakukan. Redhanya seorang suami
pada kau, maka mudahlah urusan dan kerja kau.
Dalam rumahtangga kalau kau marah, jangan biarkan lama2. Cepat-cepat
minta maaf dan tutuplah buku. Jangan panjangkan lagi cerita.
Suami,
Selain tanggungjawab kau sediakan makan, pakai dan tmpt tinggal, kau
selalu lah bertolak ansur, belai isteri bila ada masa terluang, selalu
bg tau isteri yang kau sygkan dia. Hati perempuan ni cepat cair. Bila
dia penat2 siapkan makan pakai kau sehari-hari. Bukan lain yang dia
minta. Ckup kau cakap terima kasih, hati dia dah berbungga. Semua penat
lelah rasa terbalas. Mudah.
Doa kan kami, kekal selamanya. Doa kan sahaja yang baik-baik.
*sy izinkan untuk sesiapa yang sudi nak share. Semoga post ni memberi manfaat untuk semua.
0 Response to ""Kalau tau best, dari dulu aku dah kawen" "
Post a Comment