Tulisan ini dikongsikan oleh Puan
Norfaradina Ab Gharaf mengenai masalah "meroyan" di kalangan ibu yang
baru bersalin. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Baca lagi:
Meroyan adalah universal, bukan mitos orang Melayu sahaja
Saya lahirkan Aminah pertengahan musim luruh, dan Zainab, penghujung
musim luruh, transition antara musim luruh ke musim sejuk. Jadi waktu
tersebut jangan kata hati muram, hari pun suram. Siang lebih pendek,
dedaunan kekuningan berguguran jatuh ke bumi. Duduk di tepi tingkap
rumah pandang ke pokok-pokok yang semakin botak, hati rasa sayu
tiba-tiba bercampur baur tak tau hendak kata macam mana. Saya berpantang
sendirian cuma ditemani anak-anak dan suami. Tiada mandi air akar kayu,
tungku herba, ikan haruan, barut bagai yang ada cuma sebuah harapan
kalaulah Malaysia dengan UK tu dekat. Urut pun sendiri-sendiri je kirim
minyak afiat dekat orang yang balik Malaysia, suami saya urutkan mana
yang dia reti.
Dipendekkan cerita, semasa saya lahirkan Aminah pada 2012, dan Zainab
pada 2014 health visitor (pelawat kesihatan NHS yang akan pergi ke rumah
untuk memantau keadaan ibu dan bayi sebaik discharge daripada
perkhidmatan midwives) berkata bahawa saya seperti ada menunjukkan
simptom 'on the edge of post natal depression'. Walaupun saya menafikan
sekeras-kerasnya dan bertegas bahawa saya merasa gembira. Pada kelahiran
Zainab health visitor saya siap hantar surat kepada GP dan pusat
kesihatan daerah untuk terapi dan group discussion di Westminster and
Chelsea Hospital. Dalam kedua-dua insiden, bila health visitor pergi,
saya selami dalam diri dan memang benar, saya dapat merasakan seolah ada
satu kekosongan dalam hati yang di luar kawalan saya, membuatkan saya
rasa seperti ingin menangis, tapi tak tahu kenapa.
Faktor penyumbang? Bukan pengabaian oleh sesiapa (suami, keluarga,
jiran, pihak berkuasa ke) bukan juga stress sebab tak dapat bagi susu
badan (alhamdulillah saya susukan anak-anak saya dari lepas lahir
sehingga 2 tahun), bukan stress sebab letih dengan anak-anak yang lebih
besar. Tapi sebab hati. Dalam hati ini ada macam satu rasa kosong. Orang
mengandung, selama sembilan bulan tu badan mereka mengalami banyak
perubahan hormon, kimia dan bentuk. Bila bayi dah selamat keluar, segala
hormon dan kimia yang dah bertapa dalam badannya akan berubah rentak
secara tiba-tiba. Bayangkan di saat badan dia dah lali dah biasa dengan
perubahan hormon dan kimia tu, tiba-tiba ia perlu ditukar lagi. Mesti
lah huru-hara sedikit rasa sedih, sayu, touching. Hormone dan kimia
dalam badan kita ini bukan macam channel astro tau, tekan remote boleh
ditukar-tukar. Ianya adalah satu proses yang rumit.
Health visitor mencadangkan saya supaya buat apa yang saya suka, dan
berbanggalah dengan hasilnya, orang putih panggil 'take pride'. Jangan
bermuram durja. Dia suruh saya overcome.
Perlahan-lahan saya isi kekosongan dalam hati, rasa nak menangis rasa
murung tu dengan sesuatu yang lain. Saya take pride dengan anak-anak.
Tengok bagaimana anak-anak yang lebih tua belajar menerima kehadiran
adik mereka, siapkan anak-anak hari-hari, catat setiap perkembangan
mereka, ambil gambar, share gambar tersebut dan perkembangan mereka
dalam FB misalnya dengan sesiapa yang boleh buka hatinya untuk baca dan
tahu. Kalau dia tak suka dia boleh padamkan dari ingatan, kalau dia suka
gambar yang dia tengok, apa yang dia baca, dia boleh selitkan doa yang
baik. Kalau dia baca tanpa perasaan, dia boleh abaikan seperti angin
lalu.
Orang 'take pride' ke atas sesuatu perkara dalam hidup mereka untuk
overcome perkara lain yang membuatkan mereka bersedih, murung, rindu,
kehilangan, tekanan, rasa nak membunuh dan lain-lain perkara yang
negatif. Ada juga yang berkongsi apa yang mereka 'take pride' ini di
laman sosial misalnya sebagai satu cara untuk mendapatkan sokongan,
kata-kata yang baik, doa, nasihat dan mungkin juga sebagai cara untuk
berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan 'sekapal'.
Bukan sebab nak riak, nak buat orang lain tertekan, nak bagi orang lain
cemburu, atau nak sakitkan hati orang lain. Setiap orang ada bahagian
masing-masing, ada minat masing-masing. Ada benda yang dia suka, dia
'take pride in one particular thing'.
Apa kepentingan mengisi kekosongan hati yang dirasai selepas bersalin
ini? Ia untuk mengelak kita daripada merasa murung dan kosong. Apabila
perasaan murung, hati rasa kosong, idea yang negatif mudah hadir. Di UK
dan US memang ada kes ibu yang baru lepas melahirkan bunuh anak yang
baru dilahirkan. Atau bunuh anak yang lebih tua dengan cara lemaskan
dalam bath tub. Atau abaikan anak sehingga kebuluran. Nauzubillah min
zalik kita tidak mahu itu semua berlaku pada kita.
Saya rasa ramai orang yang ambil tindakan ini, take pride in something
to overcome. Ada yang take pride dengan keletah anak-anak untuk overcome
masalah kewangan contohnya. Ada yang take pride dengan hasil masakan
untuk overcome masalah kerja, ada yang take pride dengan ebm yang penuh
sepeti, susu badan pekat melimpah sebab nak overcome rasa trauma akibat
prolonged labour atau anak yang prolonged jaundice atau anak ada birth
defect.
Dan take pride to overcome juga bukan hanya untuk wanita selepas
bersalin dan mempunyai anak, tapi juga berkesan kepada wanita sama ada
bujang atau berkahwin, dan juga orang lelaki. Wanita bujang misalnya ada
yang take pride dengan melancong ke banyak tempat, atau sambung belajar
ke peringkat lebih tinggi untuk overcome jodoh yang belum sampai. Ada
wanita berkahwin yang take pride dengan layanan romantis suami kepada
isteri untuk overcome kesedihan sebab belum ada rezeki anak, ada juga
lelaki yang rapat dengan emak, bila emaknya meninggal dunia, dia take
pride dengan work out, pergi gym. Bukan untuk berlagak badan sado ke,
tapi untuk overcome kesedihan dan kehilangan. Memang badan sado tak
mampu menggantikan emaknya tapi sedikit-sedikit bila dia buat sesuatu
yang dia suka ia boleh bantu dia atasi rasa murung dan sedih.
Memetik kata health visitor saya (saya terjemah ke Bahasa Melayu) "
Pentingnya untuk kamu buat (do) sesuatu yang kamu suka dan kamu rasa
gembira, senang hati dan berbangga bila melihat hasilnya (take pride)
walau bagaimanapun hasilnya supaya kamu dapat mengatasi (overcome) rasa
sedih, hiba dan murung yang ada dalam hati kamu ".
Do
Take Pride
Overcome
Suami-suami kalau isteri murung lepas bersalin jangan pandai-pandai nak
kata isteri awak tu lembik, pandai-pandai suruh isteri tengok orang
putih kuat je lepas bersalin boleh pakai jeans bagai. Ini saya bagitau,
saya pernah bersalin dekat negara orang putih lebih dari sekali dan saya
tahu orang putih pun ada yang meroyan. Malah lebih teruk daripada orang
kita.
Masalah meroyan, post natal depression bukan masalah terpencil, bukan
hanya mitos orang Melayu. Tapi ia wujud di seluruh dunia. Dalam kalangan
orang putih pun. Jika tidak masakan kerajaan Britain melalui agensi
kesihatannya, NHS menubuhkan unit khas dan kempen rasmi untuk membantu
menangani post natal depression. Para health visitor dilatih untuk
mengesan simptom post natal depression ke atas para ibu yang baru
melahirkan tanpa mengira usia ibu, proses kelahiran yang dilalui ataupun
bangsa dan negara asal. Post natal depression adalah masalah universal.
Ia benar-benar terjadi bukan kisah dongeng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to " "Lepas bersalin, jangan pandai2 nak kata isteri awak tu lembik""
Post a Comment