Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab,
pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam
bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada
pengguna.
Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi
pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini
Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini
Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.
Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau
sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa
sebarang perbincangan. Malah, individu itu juga mendakwa wang deposit
yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh
pihak Neelofa.
Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan
sesuka hati boleh memecat pekerja dan menurukan gaji mereka tanpa notis.
Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa
melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar
memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat
habis bukan?
Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.
0 Response to " 'Adik Beradik & Saudara Mara Dia Semua TAMAK !'- Pekerja Neelofa Dedah Sikap SEBENAR Neelofa"
Post a Comment