Tidak mahu di himpit kontroversi kerana percintaan beliau bersama
pengacara Hlive Shenty Feliziana, aktor Syazwan Zulkifly telah bernekad
untuk berhenti daripada dunia lakonan.
Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu dibuat semalam menerusi
akaun Twitter miliknya. Mengakui beliau sayangkan kariernya Syazwan
bagaimanapun selepas ini mungkin hanya akan terlibat di belakang tabir
sahaja.
Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak
kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang
pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh
mana-mana pihak, lebih baik undur diri.
Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti
menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan
ibu saya. Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir.
Namun tidak untuk di hadapan kamera.
Namun, Syazwan berharap perkara ini tidak akan diperbesarkan atau
menjadi kecoh kerana beliau sebolehnya akan mencari jalan penyelesaian
terbaik tentang masalah kisah peribadi beliau bersama Shenty.
Erm, kami rasa agak tidak berbaloi untuk meninggalkan karier yang
sebelum ini susah payah untuk kita kekalkan hanya kerana wujud cerita
peribadi dengan kekasih. Kami harap Syazwan Zulkifly sudah fikir
masak-masak sebelum berhenti berlakon.
0 Response to " Punca SEBENAR Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Untuk Jadi Pelakon. Semoga Beliau Tabah"
Post a Comment